Monday 22 December 2008

Isu PPSMI

Kementerian Pelajaran dijangka akan mengumumkan keputusan mengenai isu PPSMI dalam masa terdekat. Isu ini terus mendapat perhatian hangat ekoran beberapa siri persidangan meja bulat yang telah diadakan seperti mana laporan media. Nampak gayanya pihak yang berkuasa dalam pelajaran memberikan signal bahawa PPSMI akan diteruskan.



Saya sempat mengutip beberapa nama tokoh besar yang telah menulis di akhbar menyuarakan penentangan mereka terhadap usaha untuk mengekalkan PPSMI. Di antara mereka adalah - Prof DiRaja Ungku Aziz, Prof Dr Abdullah Hasan (dari UPSI juga Presiden Persatuan Linguistik), Tan Sri Abdul Rahman Arshad (Bekas Ketua Pengarah Pelajaran), Prof Emeritus Dr Isahak Haron (pernah menjalankan penyelidikan mengenai PPSMI bersama penyelidik dari UPSI), Dr Kamaruddin Musa (dari fakulti Perniagaan dan ekonomi UPSI). Prof Madya Dr Ali Hasan (Jabatan Geologi UM dan Persatuan PIBG Kebangsaan).



Mengapa Kami Bantah (sumber - klik)



Di kalangan tokoh bahasa pula adalah Dr Hassan Ahmad (Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan), Datuk Baharudin Zain (Baha Zain - Presiden Pena), Abdul Ahmad (Ketua Satu Aksara - Angkatan Sasterawan Indera) dan Puan Ainon Mohd (Presiden Penerbit PTS). Saya percaya banyak lagi nama yang tidak tersenarai di sini yang pernah menyatakan bantahan mereka.



Sentimen yang sama boleh dibaca dalam banyak entri yang ditulis oleh para blogger . Di antara yang sempat dijengah ialah rausanfikir dan syeikhryz.

Sunday 21 December 2008

Luahan hati Dr Sheikh Muzaffar..

Banyak isu dibangkitkan tentang Sheikh akhir-akhir ini, Sheikh sedar perkara itu?
Saya sebenarnya terlalu fokus kepada program angkasawan semenjak kembali ke bumi.

Saya telah bermula memberi ceramah kepada sekolah sekolah dan universiti semenjak bulan Mac lagi setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad dan mendapat kepuasan apabila pelajar pelajar khususnya begitu bersemangat untuk mengetahui dengan lebih mendalam dalam bidang aeroangkasa.

Saya ingin jelaskan, menjadi angkasawan adalah impian saya sejak berusia 10 tahun. Impian itu kini sudah tercapai. Tetapi saya masih belum puas.

Banyak lagi yang ingin dilakukan dan nampaknya banyak lagi halangan yang terpaksa dilalui.Yang penting diri ini ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai angkasawan negara .

Saya hanya mahu berkhidmat untuk negara dan mengubah minda rakyat Malaysia. Khususnya orang-orang Melayu tentang ilmu sains dan teknologi angkasa. Saya mahu jadi ikon ilmu, saya tak nak campur urusan politik atau jadi mangsa politik.

Tentang kes saya. Saya pun tak faham dengan Mosti. Timbalan Menteri kata, kita berhenti terima aduan dan memulakan penyiasatan. Tetapi Menteri kata tidak, kita masih membuka aduan kerana masih tiada komplen lagi.

Sekarang ini, saya difahamkan ada pihak tertentu mengarahkan pegawai Mosti menghubungi semua institusi dan sekolah yang saya pergi, untuk menyiasat saya ada mengambil duit (bayaran ceramah) atau tidak.

Mereka cuba dapatkan bukti dan sebagainya. It gives me the impression to bring me down. But I hope it is not true.

Mereka mahu menjatuhkan imej dan maruah saya dengan mendakwa saya seorang kakitangan kerajaan, tidak boleh mengambil wang upah. Saya sedang siasat siapa yang buat kerja ini.

Media pula, tanpa mereka tahu isu sebenar, membuat laporan yang negatif tentang saya.

Bagaimana isu ini boleh tercetus?
Sebenarnya, kontrak saya dengan Mosti selama dua tahun dari Oktober 2006 sehingga Disember 2008. Saya mula bertugas di ANGKASApada bulan Februari 2008, sebelum pilihan raya umum.

Saya tidak mempunyai sebarang peranan ketika berada di ANGKASA dan mereka tidak mempunyai sebarang program untuk saya ketika itu .

Selepas sebulan mereka tidak tahu hendak buat apa (manfaatkan) dengan saya, saya buat keputusan untuk buat program sendiri.

Ketika itu banyak pihak yang menghubungi saya, mahu menjemput saya memberikan ceramah. Maka apabila kementerian tiada program untuk saya, maka saya menyusun semua jadual sendirian.

Jadual saya penuh hingga ke Bulan Disember 2008 dan segala jadual dilakukan sendiri.

Kini saya sudah memberi ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman di angkasa lepas kepada lebih 300 sekolah seluruh Malaysia termasuk sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi dan MRSM-MRSM seluruh Malaysia .

Kami difahamkan sudah wujud Yayasan Angkasawan Negara, tetapi Mosti tidak memanfaatkannya?
Ya, memang saya difahamkan bahawa Menteri Mosti dahulu telah menubuhkan Yayasan Angkasawan Negara. Yayasan ini sudah mendapat kelulusan Perbendaharaan.

Saya difahamkan, ianya adalah idea Menteri ketika itu, supaya sumbangan dari pihak korporat disalurkan melalui yayasan ini.

Tujuan yayasan ini ialah untuk mengendali dan menjaga keperluan orang-orang yang berjaya mengharumkan nama negara. Bukan untuk saya seorang sahaja. Ia untuk Faiz (Mejar Dr Faiz Khalid) dan semua bakal angkasawan yang terbabit dalam program ini.

Dengan adanya sumbangan ini, saya dan Faiz boleh menjelajah ke seluruh Negara, pergi ke sekolah-sekolah untuk memberikan ceramah dengan pembiayaan penuh yayasan. Sekolah-sekolah tidak perlu membayar atau mengeluarkan apa-apa kos perjalanan, penginapan dan sebagainya, untuk menjemput kami.

Tetapi malangnya apabila ditanya, saya diberitahu bahawa Yayasan ini tidak mempunyai sebarang dana. Dan kerana itulah saya terpaksa membelanjakan duit saya sendiri untuk meneruskan program angkasawan termasuk memberi ceramah kepada lebih dari 10 negara seperti Los Angeles, Washington, Brunei, Singapura, Indonesia dan negara negara Eropah.

Saya fikir wajar digerakkan yayasan ini kerana saya lihat dalam beberapa bidang seperti sukan dan sebagainya, orang yang mengharumkan nama negara tidak terjaga kebajikannya. Dengan adanya yayasan ini, masa depan kami akan lebih terjamin.

Jika saudara lihat, ramai ikon-ikon sukan dan juga dalam bidang-bidang lain, setelah habis berkhidmat, masa depan mereka tidak dikenang, kebajikan mereka tidak terjaga.

Saya amat berterima kasih terhadap Menteri yang sebelum ini kerana prihatin dengan nasib saya, Faiz dan rakan-rakan, untuk membantu membangunkan minat anak-anak muda kepada ilmu sains dan teknologi, sekaligus memelihara keperluan kami.

Yayasan sudah ada, tetapi saya tidak pasti mengapa Mosti tidak menggerakkannya.

Sheikh didakwa sudah jadi jutawan dan mengumpukan sebanyak RM1.2 juta hasil ceramah yang diadakan. Apa penjelasan Sheikh?
RM1.2 juta! Itu dakwaan yang ridiculous (tidak masuk akal)! Mereka membuat tuduhan yang melulu terhadap saya. Setakat ini saya hanya hadir ke majlis anjuran lapan badan korporat bukan 150 seperti yang didakwa.

Saya mahu jelaskan untuk sekolah-sekolah saya tidak charge (kenakan bayaran). Yang saya buat ialah mereka membeli buku. Buku tulisan aruah adik saya, Sheikh Mustapha Shukor Al Masrie.

Semua duit itu kita masukkan ke dalam tabung arwah untuk menjaga kebajikan anak anak arwah Sheikh Aiman 4 dan Siti Balkish 2 demi masa depan mereka .

Saya akui ada menerima some contribution but I never demanded how much money (terima sumbangan tetapi tidak menetapkan berapa yang harus dibayar).

Tetapi sumbangan daripada korporat saya masukkan ke dalam tabung aruah. Saya hadir majlis undangan kurang daripada 10 korporat. Bagaimana mereka dapatkan RM1.2 juta?

Mereka darabkan 150 korporat dengan RM8000!

Bagaimana saya boleh menerima undangan sebanyak 150 korporat kerana dalam masa yang sama, jadual saya dipenuhi dengan undangan daripada 300 buah sekolah. Saya tidak mampu penuhi semuanya.

Jika mereka hendak check (periksa) akaun saya, silakan! Tiada apa yang saya hendak sembunyikan. Berapa sangatlah yang ada. Saya tidak takut, saya tidak bimbang langsung, siasatlah!

Saya sering memberitahu pihak penganjur supaya jangan melalui pihak ketiga.

Sebab ada juga keadaan di mana saya dipersalahkan kerana tidak menghadiri ceramah, sedangkan saya tidak mengetahuinya. Sila berhubung secara direct melalui saya dan tidak melalui orang lain .

Setakat ini saya telah menjelajahi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan segala perbelanjaan dilakukan sendiri . Untuk makluman sepanjang 10 bulan ini, saya dan keluarga sudah berbelanja lebih RM200 ribu.

Sheikh juga dituduh membuat permintaan yang tidak boleh dilayan Mosti sepverti meminta pengawal peribadi, penjelasan Sheikh?
Mengapa saya minta mereka pengawal keselamatan? Mereka harus sedar, di mana sahaja saya pergi budak-budak sekolah berebut-rebut dan bertolak-tolak untuk mengerumuni saya.

Sehingga ada kes tolak menolak sehingga berlaku kecederaan, ada yang terjatuh kedalam longkang dan sebagainya.

Sekuriti bukan untuk menjaga keselamatan saya, tetapi lebih kepada keselamatan anak-anak sekolah.

Sebab itu saya minta Mosti sediakan pengawal keselamatan. Mereka tak bagi, kerana mereka kata, mereka fikir saya tidak perlukan pengawal keselamatan.

Oleh kerana itu saya terpaksa gajikan pengawal keselamatan sendiri, gajikan pemandu sendiri dan menggunakan kenderaan sendiri. Dan saya telah buat semua ini selama lapan bulan yang lalu dengan tanggungan sendiri.

Saya menerima banyak undangan dan jemputan ceramah dari pelbagai pihak dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka.

Jadual saya kini penuh. Memang saya tidak mampu melakukannya sendirian. Saya merayu untuk mendapat lebih banyak sokongan dari pihak kerajaan.

Apa yang Sheikh selalu perkatakan dalam setiap ceramah?
Dalam ceramah saya ke Institut Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah, saya tekankan kepada mereka, bahawa tidak semua yang berpeluang menjadi angkasawan, tetapi setiap orang berpeluang untuk menjadi saintis yang menguasai bidang ini.

Apabila saya berceramah, saya ceritakan tentang perjalanan saya ke angkasa lepas, impian saya dan kehidupan yang saya lalui di angkasa lepas.

Saya katakan bahawa saya mengambil masa selama 25 tahun untuk menerokai angkasa lepas, jika saya boleh melakukannya, saya yakin mereka lagi boleh. Yang penting anda mesti memiliki kekuatan minda untuk mengejar impian .

Saya beritahu mereka 'Impian mampu menjadi kenyataan.' Dan saya selalu memberitahu mereka, tidak semua yang boleh menjadi astronaut (angkasawan) sebab peluangnya amat terhad.

Tetapi jadilah doktor, saintis, jadi jurutera angkasa lepas. Inilah yang saya cuba semaikan. Saya dapati mereka amat bersemangat, sehingga budak-budak berusia lima, enam tahun, kini semua nak pergi ke angkasa lepas.

Saya ingin pupuk supaya pelajar-pelajar meminati bidang sains dan matematik. Inilah objektif Program Angkasawan Negara . Impaknya akan dapat dilihat dalam masa 5-10 tahun akan datang Insyaallah .

Dari penjelasan Sheikh, seolah-olahnya kerajaan tidak peka dan tidak bersungguh-sungguh dalam program ini. Apa yang Sheikh rasakan sekarang?
Saya berasa agak kecewa apabila melihat Program Angkasawan Negara tidak mempunyai continuation sejak kembali dari angkasalepas.

Ramai yang masih ingat saya pergi ke bulan, ramai masih tidak tahu nama-nama planet dan sebagainya.

Program Angkasawan bukan sahaja melibatkan penghantaran angkasawan ke angkasa lepas tetapi lebih menitikberatkan sains, teknologi dan pendidikan.

Kerana itu setelah melawati lebih daripada 300 sekolah sekolah seluruh Malaysia saya berasakan kerajaan harus menangguhkan penghantaran angkasawan kedua tetapi lebih menumpukan kepada akar umbi khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi.

Kita hendak melihat lebih ramai jurutera angkasa lepas. Setakat ini kita mempunyai lebih daripada 400 aerospace engineer tetapi hanya 10 peratus sahaja yang bekerja dalam industri angkasa lepas ini.

Impian saya adalah untuk mengumpulkan semua ahli bijak pandai seperti aerospace engineer dan saintis dan dikumpulkan dibawah satu bumbung dan menghasilkan satelit, teknologi dan tidak mustahil roket Malaysia sendiri sebelum tahun 2020. Tetapi kita harus bermula dari sekarang .

Kita juga seharusnya fokus untuk menambahkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa lepas, mendalami ilmu satelit. Bukan sekadar hendak menghantar seorang lagi ke angkasa lepas.

Saya tidak pernah menentang hasrat kerajaan untuk menghantar angkasawan, tetapi saya fikir wajar ditangguhkan dulu memandangkan keadaan politik dan ekonomi global yang menurun.

Penghantaran saya ke angkasalepas adalah satu off-set program yang tidak melibatkan wang tetapi sekiranya ingin menghantar angkasawan yang kedua kita harus membayar RM100 million ringgit selama 12 hari di angkasalepas.

Kita harus teliti dahulu apakah matlamat yang boleh dicapai dalam penghantaran angkasawan kedua .

Apa maksud Sheikh minta kerajaan tangguhkan?
Sebenarnya program yang saya sertai ini, ianya berbeza kerana kita ada off-set program dengan Russia. Itu pun kos latihan menelan belanja sehingga RM60 juta. Jika kita sekadar hendak menghantar seorang lagi ke angkasa, ianya akan menelan belanja RM100 juta sekurang-kurangnya belum termasuk kos latihan, logisti , saintifik eksperimen dan pelbagai lagi .

Jika pun kerajaan hendak menghantar seorang lagi ke angkasa. Misinya mesti lebih baik daripada misi saya sebelum ini.

Samada tinggal di ISS selama 6 bulan, menjalankan extra vehicular activity (spacewalk) ataupun menghantar seorang wanita Malaysia ke angkasalepas. Ia mesti ada kelainan daripada misi pertama .

Tapi itulah..bila saya cakap macam tu..orang kata saya tidak mahu penghantaran angkasawan kedua. Ini tidak betul sama sekali. Jangan membuat keputusan berlandaskan emosi kerana ini melibatkan wang rakyat .

Matlamat negara menghantar rakyat ke angkasa lepas sudah tercapai. Tetapi persoalannya apakah fasa selepas ini?

Kita harus mencontohi Korea Selatan. Saya pergi dulu (ke angkasa lepas) 6 bulan kemudian baru angkasawan Korea pergi, sekarang ini mereka sudah mempunyai fasa kedua. Next stage, iaitu pada Februari 2009 mereka akan melancarkan roket mereka sendiri daripada tapak kepunyaan mereka sendiri. Mereka sudah memandang jauh ke hadapan.

Inilah yang saya maksudkan. Bukan sekadar hantar seorang lagi dan seorang lagi ke angkasa lepas.

Maknanya kerajaan tidak fokus dalam program ini?
Bukan...Maksud saya saya mahu kita (kerajaan) berfikir besar tentang kepentingan sains dan teknologi angkasa lepas. Sekarang ini, sesiapa sahaja yang menguasai angkasa lepas, mereka akan menguasai dunia kerana banyak faedah yang dicapai melalui teknologi angkasa .

Sebab itu negara China, India dan Korea Selatan kini berlumba-lumba untuk menjelajahi angkasalepas selain dari Russia dan Amerika Syarikat yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini .

Tetapi perbelanjaannya memang mahal. Terutamanya sekarang dengan keadaan politik yang tidak berapa stabil, kejatuhan ekonomi dan sebagainya, saya fikir kerajaan harus lebih menumpukan kepada 'grassroot'. Tapi ini hanya pandangan saya secara peribadi.

Kesimpulan daripada kes ini, apa yang Sheikh mahu perjelaskan?
Saya tidak mahu rakyat keliru. Mereka tidak tahu isu sebenar. Itu masalahnya. Saya pun tidak sampai lagi dan berat hati hendak memberitahu semuanya saya buat sendiri, tanpa sokongan kerajaan.

Sebab itu sebelum ini, saya mengelak untuk bercakap perkara sebenarnya kerana ianya akan memberikan kesan politik. Malah ianya juga akan memberikan kesan yang buruk kepada program angkasawan. Sebab itu saya amat berhati-hati.

Saya bercakap terus berterang dengan saudara sebab kita Melayu sesama Melayu, Islam sesama Islam, lupakan soal perbezaan politik. Janganlah kita sesama Melayu berbunuhan sesama sendiri (merujuk kepada pihak tertentu dalam Mosti yang didakwa hendak mensabotajnya).

Pada saya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri harus mengetahui perkara ini dan apa yang berlaku di Mosti. Jika mereka tidak campurtangan dan tidak membuat perubahan, masa depan projek angkasawan ini akan terjejas.

Saya berhati-hati bercakap sebegini sebab saya tidak mahu merosakkan program ini.

Saya telah memberikan segala galanya kepada Program Angkasawan ini termasuk kehilangan adik tesayang ketika berada di ISS. Namun saya menyokong penuh manfaat yang akan diperolehi dalam program ini .

Program ini adalah untuk semua rakyat Malaysia. Tak kira bangsa, agama atau fahaman politik.

Kalau begitu bagaimana kalau Sheikh diatur berceramah di sekolah agama, sekolah pondok, tahfiz dan berjumpa dengan MB Kelantan?
Ya! Saya memang hendak sangat berjumpa dengan murid-murid sekolah agama. Malah saya nak sangat jumpa Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan). tetapi saya masih belum ada kesempatan.

Sebagai seorang Islam, saya mahu pihak kerajaan turut membangunkan ilmu sains dan teknologi, terutamanya di sekolah-sekolah agama.

Jangan sesekali kita anaktirikan sekolah-sekolah agama yang majoriti di kalangan pelajarnya adalah orang-orang Melayu.

Saya mahu ilmu ini diperkembangkan kerana sebenarnya asal usul ilmu kemajuan sains dan teknologi adalah dari kalangan ulama-ulama Islam yang termahsyur.

Saya mahu sumbangan kecil saya ini dapat membantu membangkitkan kesedaran anak-anak muda kita untuk bangkit mencapai impian.

Dan sebagai rakyat Malaysia, saya mahu berkhidmat untuk semua lapisan, semua bangsa, semua agama.

Saya mahu semua rakyat Malaysia menguasai ilmu sains dan teknologi.

Bagaimana Sheikh hendak tekankan kepentingan ilmu ini, termasuk sains dan sebagainya, dari perspektif Islam?
Jika kita bercakap soal Islam, sejak zaman dahulu lagi, peneraju dan penggerak tamadun Islam adalah kerana ilmu dan kehabatan para ilmuan Islam.

Saya merasakan umat Islam semakin tertekan di dunia. Cara untuk Islam bangkit kembali untuk membela martabat Islam ialah, orang-orang Islam mesti berilmu, jika tidak mereka akan terbelengu dalam dunia kemiskinan dan dianiaya oleh Barat.

Saya bimbang apabila umat Islam miskin dari segi ilmu, mereka juga akan mengalami kemiskinan ekonomi, serta miskin daripada kekuatan sains dan teknologi dan ilmu penguasaan ini penting untuk membela kita dari penganiayaan Barat.

Jika kita lihat perkembangan sains dan teknologi, sejak dari zaman dahulu, umat Islam menguasai bidang ini. Hampir keseluruhan ilmu kajian astronomi misalnya, bermula daripada Islam.

Malah kebanyakan nama-nama bintang di cakerawala berasal daripada nama-nama Arab. Teori-teori perubatan juga banyak berasal daripada Islam.

Antara ulama-ulama dan saintis Islam yang terulung seperti Khalid ibn Yazid, Al-Khwarizmi, Al-Farghani, Ja'far ibn Muhammad Abu Ma'shar al-Balkhi, Al-Farghani, Al-Farabi, Ibn al-Haytam dan banyak lagi.

Sebab itu saya hendak pergi ke sekolah agama dan mahu menyedarkan mereka tentang betapa pentingnya ilmu agama, termasuk dalam soal perubatan, sains dan astronomi diperdalamkan.

Sudah sampai masanya untuk kita mengembalikan keagungan Islam seperti dahulukala khususnya dalam bidang sains dan astronomi.

Impian saya adalah untuk mengumpul kesemua sembilan astronaut Islam dan cuba menyumbangkan kepada dunia Islam dengan apa cara sekalipun. Insyaallah masa akan menentukannya .

Akhir sekali, ada pandangan pro dan kontra, juga mungkin ada cadangan membina untuk Sheikh dari kalangan rakyat, adakah Sheikh sedia menerima pandangan-pandangan ini?
Ya. Sudah tentu saya bersedia. Saya juga bukan sempurna dan banyak kelemahan untuk diperbaiki. Saya terbuka kepada teguran, kritikan dan nasihat.

Jika ada pihak yang hendak memberikan pandangan, jika saudara tidak keberatan, boleh guna email saudara untuk mereka berikan pandangan, dan saudara forwardkan kepada saya. Terima kasih. _

Saturday 13 December 2008

Cuti-cuti bajet

Seperti kebiasaan musim cuti sekolah ini, balik kampung dan jalan-jalan menjadi agenda utama. Setelah 2 minggu berada di Mersing, hari raya Qurban pun menjelang dan kami pun balik ke kampung halaman di Temerluh.
Temerluh ni diisytihar sebagai Bandar Ikan Patin. Ramai penduduk negeri-negeri lain terutama di kawasan pantai tidak menggemari ikan air tawar seperti ikan air patin. Bagi kami penduduk asal sepabjang Sg Pahang ianya tak menjadi masalah kerana petua menyiang dan resepi masakan khas membolehkan rasa masakan ikan patin amat enak. Jadi tak hairanlah peminat Ikan Patin Temerluh datang sejauh Melaka dan Kuala Lumpur semata-mata ketagihan resipi orang sini. Antara semua masakan ikan patin di Pahang, resipi penduduk Jerantut paling enak. Kebetulan ibu mertua berasal dari Pulau Tawar, Jerantut. Masakan beliau menyebabkan keluarga dari KL dan Kuantan sanggup datang untuk menikmatinya.
Kalau singgah di restoren yang ada menjual masakan ikan ini sama ada di bandar atau di tepi lebuh raya eloklah bertanya harga sepotong ikan ini. Sepotong ikan patin asli berharga RM40-70 siap dimasak. Jika ikan patin sangkar sungai Pahang, harganya sekitar RM3 sepotong. Ikan patin sangkar yang masih hidup banyak dijual di pasar atau di tepi jalan. Bagi saya hampir tak ada beza rasa antara 'ori' dan sangkar. Masa kecil-kecil dulu ikan patin asli senang diperolehi. Yang pentingnya petua dan resipi memasak mestilah istimewa. Pilihlah restoren terbaik !!
Satu lagi restoren kegemaran penduduk Temerluh adalah kedai mamak Old Town. Sejak dari kecil sehingga sekarang restoren ini dipenuhi pelanggan terutama 'orang-orang lama'.
Foto di atas ini adalah pemandangan dalam Restoren Azhar. Terkenal dengan nasi lemak yang sangat enak dan rasa yang cukup berbeza. Sudah berniaga sejak lebih 40 tahun lalu. Kisah restoren inisering terpapar dalam akhbar Berita Harian pada tahun 70an dan 80an. Ramai juga orang-orang KL sejauh 120km datang ke sini untuk menikmati nasi lemak Azhar.
Tibalah masa orang-orang Mersing bershopping ke KL. Jarak hanya 120 km melalui Lebuh raya Karak. Dari Temerluh, perkhidmatan bas ke KL memang banyak. KL, Kuantan, Genting Highlands dan Cameron Highlands merupakan destinasi utama penduduk Temerluh masa cuti sekolah.
Ini adalah MRSM Bentong yang telah siap dibina. Terletak betul-betul di atas bukit di tepi lebuhraya Karak-KL bersebelahan Tol Bentong. Jarak ke KL lebihkurang 40 KM sahaja.
Cantik MRSM ni. Dipagari bukit bukau di sekelilingnya..

Menonton wayang CicakMan2 menjadi pilihan kanak-kanak Mersing apabila tiba di KL
Putrajaya yang menjadi kebanggan negara. Bebudak Mersing perlu didedahkan dengan pengalaman sebegini. Saya pernah bertemu dengan seorang warga emas Mersing yang memegang jawatan ketua cawangan UMNO Mersing. Beliau memberitahu dengan bangganya bahawa Bandar Mersing pesat membangun melebihi Kuala Lumpur..kesian
Pembantu rumah juga perlu bersiar-siar juga. Beliau pernah datang melancong ke KL bersama majikan berbangsa Cina Indonesia yang merupakan CEO sebuah Bank terkenal di Indonesia
Berebut makan Yee Mee (clayport) yang tak ada dijual di Mersing. Rasanya taklah enak sangat cuma disediakan panas-panas. Orang bandar-bandar besar seperti KL, JB dan Kuantan dah biasa makan.

Esok nak shopping pakaian dan aksesori di sini kerana lebih banyak pilihan serta ada 'sales'. Selamat bercuti semua..

Saturday 6 December 2008

Siapa sentiasa rugi dan siapa sentiasa untung..

Bukan Luar Biasa Kerajaan Raih Hasil Pendapatan Daripada Jualan Petrol, Kata Shahrir


JOHOR BAHARU, 6 Dis (Bernama) -- Kerajaan meraih hasil pendapatan daripada jualan petrol bukanlah sesuatu yang luar biasa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sebenarnya, kali terakhir kerajaan meraih hasil sedemikian adalah dalam tempoh September 2001 hingga Februari 2002, katanya.

"Ini berlaku di negara-negara seperti Singapura, Australia dan United Kingdom, meskipun ketika harga petrol tinggi.

Tetapi di negara kita kerajaan memberi subsidi bagi petrol apabila harganya tinggi, jadi bila harga rendah kerajaan akan meraih pendapatan," katanya.

Shahrir diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mengatakan bahawa kerajaan bakal menikmati durian runtuh hingga RM16 juta sehari berdasarkan harga minyak mentah AS$44 (RM158.40) setong pada Jumaat dan anggaran penggunaan sebanyak 27.5 juta liter sehari.

Beliau ditemui selepas melancarkan kempen penurunan harga oleh UO Superstore dan program Produk Malaysia Citarasa Kita di Plaza Angsana di sini Sabtu.

Shahrir, yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu, berkata tidak adil membuat andaian berdasarkan harga bahan api hari ini kerana ia akan hanya sampai ke kilang penapisan dan pengguna dalam tempoh dua minggu lagi.

"Kita perlu melihatnya dari sudut keseluruhan tahun, misalnya hingga hari ini perbelanjaan subsidi berjumlah RM18 bilion dan bagi November dan Disember kerajaan untung RM300 juta daripada petrol, dan diesel masih diberikan subsidi, ini bererti sepanjang tahun kerajaan membelanjakan lebih banyak ke atas subsidi berbanding pendapatan yang diraihnya daripada penjualan petrol," kata beliau.

Seorang penganalisis dilaporkan berkata pada paras ini, harga pasaran bagi RON 97 seharusnya sebanyak kira-kira RM1.30 seliter, iaitu 60 sen lebih rendah daripada RM1.90 seliter yang dibayar oleh pengguna Malaysia sekarang.

Jika kita membuat andaian berdasarkan AS$48 setong, tentulah kita rasakan harganya kira-kira RM1.30 seliter, tetapi memandangkan itu merupakan harga purata bagi keseluruhan bulan November, iaitu AS$58 setong, maka harga pasaran selepas kita tambah margin industri ialah RM1.50," kata Shahrir membidas penganalisis yang tidak disebutkan namanya itu.

Penganalisis itu berkata sejak dua bulan lalu kerajaan mungkin meraih pendapatan sebanyak kira-kira RM500 juta daripada penjualan RON 97.

Dalam laporan itu, setiausaha agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhd Sha'ani Abdullah, meminta kerajaan mendedahkan bagaimana ia akan membelanjakan pendapatan durian runtuh itu.

Beliau juga menggesa kerajaan melabur wang tersebut dalam pengangkutan awam bagi faedah semua.

Sebagai jawapan, Shahrir berkata hasil itu akan dimasukkan dalam dana tergabung dan dana-dana lain seperti dana untuk menambah baik sistem pengangkutan awam.

-- BERNAMA

Wednesday 3 December 2008

Gagap dan Nabi Musa

Majalah Dewan Bahasa keluaran Oktober 2008 mengutarakan fenomena gagap sebagai topik utama perbincangan. Gagap dinyatakan sebagai suatu bentuk gangguan komunikasi yang berlaku secara luar sedar. Gagap boleh dipulihkan jika betul cara dan teknik rawatannya. Dalam bahasa inggeris gagap disebut stuttering atau stammering.


Terdapat beberapa tokoh ternama yang disenarai sebagai gagap seperti Aristotle, Isaac Newton dan Winston Churchill. Turut tersenarai gagap adalah pelakon Marilyn Monroe, Bruce Willis dan penyanyi Carly Simon (macam mana dia jadi penyanyi terkenal?). Nama tokoh lain yang gagap boleh baca di sini.


Majalah berkenaan juga turut menyebut Nabi Musa AS juga mengalami masalah gagap. Hal ini dapat dikaitkan dengan kekhuatiran Nabi Musa untuk berdakwah dengan fasih kepada Firaun. Perkara ini disebut dalam Surah Taha. Saya pernah membaca tafsir Surah tersebut tetapi lupa pula apa yang dicatatkan tentang ayat berkenaan. Nampaknya kena selak semula kitab tafsir tersebut!


Sebuah artikel lain dalam majalah yang sama menyebut yang Nabi Musa mengalami gagap kerana pernah diberi makan bara api oleh Firaun (baca artikel m/surat 9 majalah tersebut). Cerita yang ini kita kena berhati-hati nak terima ke tidak. Kena tanya para ustaz sama ada betul ke tak faktanya.




Dewan Bahasa dan buku Cerita popular palsu



Kisah Nabi Musa makan bara api telah disanggah oleh seorang ahli agama Arab (Abdul Aziz bin Muhammad As-Sadahan). Beliau menulis sebuah buku berjudul "Cerita-cerita popular tapi palsu". Banyak kisah-kisah nabi yang kita selalu dengar tetapi kata beliau semua cerita tersebut boleh dipertikai. Termasuklah cerita tentang Nabi Musa dan bara api yang menurut beliau batil, tidak sohih dan tergolong sebagai kisah israiliyyat.


Para penulis Barat juga turut memberi fokus kepada gagap dan juga kisah Nabi Musa tersebut. Sebagai contoh seorang profesor di Harvard University menulis sebuah buku berjudul "Stutter". Tulisan beliau mengenai gagap Nabi Musa boleh dica di sini (fail pdf).




Buku Stutter

Tuesday 2 December 2008

Bulan tersenyum..pengalaman sekali seumur hidup

Malam semalam Buletin Utama TV3 telah menyiarkan rakaman kedudukan bulan dilangit yang diapit oleh 2 bintang (planet sebenarnya) yang membentuk seolah wajah yang tersenyum (smiley). Walaupun ianya mungkin secara kebetulan tetapi menurut astronomer pengalaman tersebut mungkin sekali sepanjang hayat. Di Kawasan lembah Kelang wajah tersenyum bulan itu amat jelas sekali (menurut abang yang tinggal di Rawang) dan laporan beberapa forumer. Di kawasan Johor, Pantai Timur (termasuk Mersing)dan juga Perlis tidak jelas kelihatan akibat dilindungi cuaca yang mendung.
Mungkinkah peristiwa ini ada kaitan dengan suatu perkhabaran gembira buat penduduk negara ini (kedudukan bulan di negara-negara jiran wajah smiley tersebut kurang menarik). Mungkin tidak ramai percaya tanda-tanda tersebut. Tetapi kelahiran beberapa tokoh penting dunia dalam sejarah termasuklah junjungan besar Nabi Muhammad SAW menunjukkan beberapa tanda seperti api kuil Parsi yang terpadam setelah menyala ribuan tahun.Walllahu'alam.


Sunday 30 November 2008

Manusia paling kuat dimuka bumi 260 horsepower.
boleh tengok video ni manusia paling kuat dimuka bumi ni.

Biodata ringkas:

Nama: Sayyed Muhammad Ahmad Abdallah
Asal: Mesir

Kahwin 28 kali
Anak 35
Boleh bengkok duit syiling guna mata
Koyak duit syiling guna jari
Mempunyai kekuatan 260 horsepower( Sama kekuatan 30,000 lelaki). Lelaki sihat ada kurang dari 1 horsepower.
Tak pernah tidur sejak lahir
S*** 15 kali sehari, SETIAP hari.
Saidina Ali dulu pon boleh angkat pintu gerbang seorang diri.

Saturday 29 November 2008

Hari Terakhir Saya Sebagai Mufti Perlis..

Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah Pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang jam 12 malam ini, maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis. Insya Allah, pada jam 10.45 pagi esok (isnin) saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal saya. Saya akan menyempurnakan –dengan izin Allah- kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis.

Dua tahun sebulan saya menjadi mufti. Izinkan saya pada hari ini menceritakan sedikit pengalaman yang ringkas dalam tempoh tersebut. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman dengan para pembaca yang selalu setia. Jika ada yang baik boleh diambil manfaat, jika ada yang buruk, wajar dijauhi.

Pada hari saya dijemput ke Perlis untuk menjadi mufti saya berfikir panjang apakah yang mampu untuk saya lakukan mengenai perubahan kefahaman dan minda rakyat. Mampukan saya menghadapi corak warna yang sukar diubah yang menguasai suasana. Beberapa hari selepas tawaran itu datang, Ramadan menjelang. Saya yang teramat lemah dan kerdil ini mengambil kesempatan dari dataran Ramadan yang penuh rahmat memohon pertolongan Allah agar diberikan kekuatan dan kemampuan agar saya mampu melakukan sesuatu.

Selepas ramadan itu, saya pun menerima tugas sebagai Mufti Perlis dan cuba melakukan tanggungjawab yang saya percaya saya patut lakukannya. Bermula pada saat itu, saya belum berehat menghadapi berbagai isu yang saya utarakan atau yang muncul dalam masyarakat. Atas slogan: “Kembalikan imej Islam” , “Islam dibina atas dalil dan fakta”, “Islam itu mudah”, “Islam memusuhi kebodohan”, saya berkuliah di sana-sini, berucap dalam berbagai majlis, membentangkan kertas kerja, memberikan pandangan yang berbagai di media, memenuhi berbagai rancangan televisyen, menghadiri berbagai dialog, menulis sekitar seratus lebih artikel yang melahirkan berbagai diskusi sepanjang dua tahun, menghasilkan buku, membuka laman web yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan, berunding dan berbincang dengan berbagai pihak, pertubuhan, artis, pelajar dan lain-lain.

Namun saya terus yakin, masih ada ruangan baki tenaga yang barangkali saya belum gunakan sepenuhnya. Ada waktu saya terbuang kerana bersembang dan ceria bersama rakan dan sahabat yang kadang-kala mengambil masa yang lebih daripada yang patut. Ada juga ruang waktu santai yang kadang-kala mungkin boleh untuk dikurangkan.

Pun bagitu dalam tempoh dua tahun itu saya juga beberapa kali demam yang disebabkan lebihan bebanan kerja. Memerah otak lebih penat daripada memerah tenaga. Alhamdulillah, tidak boleh dinafikan juga, sokongan Kerajaan Perlis yang lepas dan Istana Perlis yang memberi ruang serta tidak pernah mengongkong saya adalah antara faktor yang melancar segala usaha.

Merubah bukit dan gunung kadang kala lebih ringan dari merubah minda manusia yang berakar umbi sekian lamanya. Bukit dan gunung jika diubah tidak akan bercakap, tetapi manusia jika kita ingin mengubah mindanya yang patut diubah, jika mereka tidak bersetuju, mereka bukan sahaja menolak, tetapi merencana untuk bertindak dan kita akan menghadapi padahnya. Bukit dan gunung tidak akan akan berdusta dan membuat cerita bohong mengenai kita, tetapi manusia yang tidak bersetuju akan melakukannya. Bukit dan gunung tidak akan hasad dengan kita, tetapi manusia jika dia hasad, segala kejadian dan cerita luar biasa akan tercetus.

Apapun saya rasa perubahan –alhamdulillah- telah berlaku dalam tempoh tersebut. Berbagai lapisan rakyat yang berjumpa saya menyatakan sokongan. Ribuan email sokongan diterima sepanjang tempoh tersebut. Walaupun tidak dinafikan masih ada yang memusuhi, prejudis dan menganggap saya mengganggu periuk nasi dan kerusi empuk mereka yang selesa terutama sebilangan mereka yang berjawatan dalam agama dan politik.

Dua tahun memanglah singkat. Hari ini saya telah menamatkan pusingan dan tugasan tersebut. Kepada Allah saya serahkan; agar diampunkan kelemahan dan diberi pahala jika ada kebaikan. Siapalah insan yang kerdil dan daif seperti saya untuk merasai diri telah menyempurnakan tugas. Bahkan saya yakin, masih ada ruangan yang patut saya sempurnakan, namun saya tidak memenuhinya. Maka apabila saya ditanya oleh wartawan yang berbagai: “Apakah Dr berpuas hati dengan misi yang dilakukan sepanjang dua tahun ini?”. Jawaban saya, tentulah “tidak”. Saya mengharapkan Allah mengampuni kekurangan dan kelemahan saya.

Saya teringat Rasulullah s.a.w yang amat sempurna itu. Dalam khutbah baginda pada Hari Hajjatul Wada’, baginda bertanya lautan para sahabah yang hadir tentang tugasan yang telah dilakukan oleh baginda. Baginda bersabda:

“Kamu akan ditanya (oleh Allah) mengenaiku, apakah yang akan kamu jawab?” Kata mereka: “Kami menyaksikan bahawa engkau telah menyampaikan, telah menunaikan, dan telah menasihati”. Lalu baginda mengangkat jari telunjuk ke langit dan kemudian ke arah orang ramai dan bersabda: “Ya Allah! Saksikanlah” sebanyak tiga kali. (Riwayat Muslim).

Demikian seorang nabi yang penuh amanah menunaikan tanggungjawab, menyampaikan kebenaran dan menasihati umat, pun begitu masih inginkan kepastian dan kepuasan perasaan dengan bertanyakan orangramai tentang tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh dirinya yang mulia. Siapalah kita di hadapan semua ini.

Mengubah minda dan pemikiran bukan kerja yang mudah. Ia memerlukan masa dan kesungguhan. Lebih daripada itu, ia memerlukan kesabaran dalam menghadapi ujian dan harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan. Kata ‘Abd Allah bin Mas’ud r.a:

“Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tua bersamanya, lalu fitnah dijadikan sunnah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah maka dikatakan “ini tindakan yang munkar”. Ditanya beliau: “Bilakah hal itu akan terjadi?”. Jawabnya: “Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu, tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya mereka yang faqih (memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan amalan akhirat” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq- lihat: al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/26).

Ini realiti kita sebenarnya. Banyak perkara bukan agama dikatakan agama. Sehingga manusia sukar hendak membeza antara pendapat ustaz dengan nas al-Quran dan al-Sunnah yang sebenar. Lalu pendapat golongan agama, sekalipun tidak menepati nas tetap dimaksumkan. Contohnya seseorang tidak membeza antara perkahwinan yang sah, dengan perkahwinan yang diiktiraf oleh Pejabat Agama. Seperti cerita seorang kadi yang enggan mengesahkan perkahwinan yang diuruskan oleh kadi lain kerana pasangan tersebut menjemput kadi luar kawasan. Padahal rukun nikah sudah dipenuhi; ada pasangan, wali, saksi dan akad. Namun kerana fulus pendaftaran tidak sampai ke tangan kadi kawasan, maka pasangan itu selama beberapa tahun terpaksa merayu sijil nikah mereka. Menderitalah mereka dalam tempoh tersebut, lalu ada yang menganggap perkahwinan mereka tidak sah.

Sama seperti perkahwinan di luar negara, bukan tidak sah tetapi tidak diiktiraf oleh kerenah birokrasi agama di Malaysia. Begitu juga dalam hal-hal lain termasuk ibadah. Berapa banyak perkara adat melayu disangka ajaran Islam sehingga jika kita berbeza kita akan dituduh dengan berbagai perkara. Demikian juga kita kekurangan tokoh yang amanah tetapi ramai pulak yang hendak jadi ahli politik.

Seterusnya betapa ramai para pembaca al-Quran atau penceramah dalam kalangan kita, tetapi sedikit pula yang benar-benar memahami hakikat Islam yang dihantar kepada umat manusia. Akhirnya kita gagal menampilkan imej Islam yang indah seperti yang diperjuangkan oleh baginda Nabi s.a.w.

Dalam rangkap yang akhir dalam riwayat ‘Abd Allah bin Mas’ud ini dicerita pada zaman fitnah tersebut manusia menggunakan amalan agama untuk mendapatkan dunia. Lihatlah, bermula dengan upah sembahyang hadiah untuk jenazah, upah baca al-Quran untuk mayat sehingga perkara-perkara lain yang lebih besar yang lain. Semua itu projek duit atas nama agama. Berbagai khurafat akhirnya muncul, sedangkan umat Islam dilanda bermacam masalah yang getir.

Saya yang maha lemah ini mencuba untuk memberikan pandangan dan pemikiran agar Islam dan umat Islam dalam negara ini dapat terus tampil relevan terutama dalam menghadapi perubahan zaman. Saya bukan tidak menyokong majlis fatwa kebangsaan, tetapi kita perlukan kematangan dalam membimbing umat dan menghadapi zaman. Di samping fatwa yang ada, cubalah kita juga berikan fatwa yang dapat membangkitkan umat seperti fatwakan berdosa umat Islam di negara ini membiarkan ekonomi dikuasai oleh orang lain.

Alhamdulillah, media seluruh negara begitu baik membantu saya. Antara yang paling utama ruangan saya dalam Pena Mufti ini telah dibaca oleh berbagai pihak. Saya mendapat sahabat yang ramai kerana ruangan, termasuklah Tun Mahathir dan berbagai tokoh besar yang lain. Ribuan email dan surat sokongan saya terima daripada rakyat Malaysia dalam dan luar negara, muslim dan bukan muslim. Juga para pembaca daripada Singapura, Brunei dan Indonesia.

Media-media luar juga sering menemuramah saya. Di mana saya pergi alhamdulillah, berbagai lapisan menyatakan sokongan. Walaupun pada peringkat awal banyak yang prejudis, namun anjakan masa dan perubahan hari telah membawa sebahagian besar mereka dapat menerima bahawa idea dan pandangan yang dikemukakan itu di luar dari daerah kepentingan mana-mana individu atau pihak.

Namun saya tahu yang menolak terus menolak. Saya masih ingat, apabila RTM membuat wawancara khas secara langsung dengan saya yang dikendalikan oleh Datuk Johan Jaafar, apabila saya hadir ke mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan, pengerusinya seakan mengada sidang mahkamah khas mempertikai apa saya kemukakan. Namun kerana masa itu saya masih awal sebagai mufti, saya enggan mengambil langkah bertegang.

Bukan sedikit selepas itu berbagai fitnah datang daripada mereka yang memegang ‘jenama agama’. Ada yang tuduh saya tumbuk imam di Perlis, ada yang kata Amerika bantu. Ada yang ‘sepangkat’ dengan saya dalam ceramahnya menceritakan bahawa saya pergi ke New Zealand keluar bas tidak pakai songkok dan naik bas terlewat. Itu memang benar, namun saya pasti apakah itu perlu dimasukkan ke dalam isi ucapan.

Sehingga pada saat-saat ini pun apabila saya memberikan sedikit alternatif tentang isu yoga, ada pihak yang mendakwa Ph.D saya bukan dalam bidang agama dan saya tidak layak memberikan pandangan di hadapan golongan agama yang sudah lama berjawatan. Padahal Ph.D yang ditulis dalam Bahasa Arab itu telah dicetak oleh UIAM, dan cetakan kedua diterbitkan oleh pencetak buku ternama di Beirut, Lebanon. Saya malas hendak melayan itu semua dalam kesibukan mengejar waktu.

Bahkan rakan-rakan sejawatan beberapa negeri menghalang saya berceramah dalam negeri mereka. Selangor umpamanya membenar semua mufti berceramah, kecuali Mufti Perlis. Pihak JAKIM pula tidak akan melantik saya dalam sebarang panel fatwanya, walaupun mufti negeri-negeri lain dilantik. Saya menerima bahawa itulah realiti perjuangan dengan penuh senyuman dan tidak berkecil hati. Mereka yang lebih daripada saya, bahkan tidak dapat dibanding seperti para nabi dan ulamak terdahulu menghadapi lebih berat daripada itu.

Saya teringatkan kata-kata Za’ba dalam bukunya “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” yang Prof DiRaja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca. Antara katanya yang pernah saya petik dahulu:

“Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).

Saya telah mencuba dalam masa dua tahun yang lepas. Terserah kepada rakyat untuk menilainya. Jika ia tidak berjaya pun, saya mengharapkan Allah memberikan kepada saya pahala. Ya! Ratusan email saya terima membantah keputusan saya tidak mempertahankan jawatan mufti ini. Sehingga ada yang menulis “Selama ini saya amat menyanjungi kebijaksanaan tuan mufti, tetapi saya yakin tindakan tuan berhenti adalah merupakan keputusan yang silap, atau tuan mungkin tidak lagi memikirkan kepentingan umat Islam dan rakyat negara ini lagi. Maafkan saya!”.

Saya ingin katakan, saya akan terus berfikir untuk itu, bahkan saya akan cuba mewakafkan hidup untuk perjuangan yang panjang ini. Saya bukan lari meninggalkan medan perjuangan, tetapi saya insyaAllah akan pulang dengan kekuatan yang baru. Rakyat Perlis bersalam dengan saya pada Jumaat lepas dengan kesedihan dan tangisan. Saya bersyukur saya meninggal jawatan dengan penuh penuh senyuman dan persahabatan. Sekurang-kurang mereka tahu saya telah cuba melakukan sesuatu untuk Perlis dan Malaysia.

Friday 28 November 2008

Orang tabligh...


Wednesday, August 01, 2007

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat,
sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih,
xkan nak goyang kaki saje2?


(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayumurtad di Malaysia)
........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang samamenanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidakdibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari MahkamahSyariah yang membenarkan.)

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,
sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat,
mmg nak kena sabar,
nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,
tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta,
dipanggil gila,
Itu Nabi,
apatah lagi kita,
Yg banyak salah,
yg banyak dosa,
Takpe2,
Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan,
yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung,
terlaser..sori,
bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika,
kat Israel pun ada,
Dari petani,
engineer,
sampai la Raja,
Pelbagai adat,
perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut,
jubah,
seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan,
mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang,
kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok,
sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa,
ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah,
rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,
camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,
tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,
tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),
"no prob.,anytime kami ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la,
nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat,
masing2 buat x kesah,
x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta,
ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,
duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang.
..pakai selipar jepun sahaje...Ikhlas,
..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar,
macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........
..Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
..sayangkan anak...rotan digantungkan.
.....sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. ,
anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah,
tak de ilmu,
compang camping kah,
berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin..

...(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Maklumat lain menganai jemaah tabligh boleh didapati di sini.. http://en.wikipedia.org/wiki/Tablighi_Jamaat

Wednesday 26 November 2008

Berita UPSR Mersing


Keputusan UPSR diumumkan sudah lama sebelum cuti sekolah yang lalu. Namun masih ada baki-baki ceritanya di akhbar. Saya kutip salah satu berita tersebut mengenai pencapaian sekolah di Mersing. Pencapaian 5A paling banyak ialah dari SK Sri Mersing seramai 16 calun. Seterusnya diikuti oleh SK Bandar Mersing (9 calun), SK Bandar Endau (6 calun), SK Sri Pantai (6 calun), SK Teluk Lipat (3 calun) dan SK Triang Endau (2 calun). Cuma itu saja yang disebutkan dalam berita tersebut.


Keseluruhannya terdapat 88 calun dari Daerah Mersing yang memperolehi 5A. Statistik itu meliputi sekolah Cina dan juga India (ada ke sekolah India ni?). Kemungkinan besarnya ramai dari mereka ini yang akan memasuki MRSM dan SMSSI kat Mersing tu.


Sebagai bandingan di JB pencapaian di SK Bandar Uda 2 sahaja ada 85 calun yang mendapat 5A. Itu sahaja dah menyamai bilangan seluruh Mersing. Selain itu SK Convent JB juga hampir sama ramai berjaya dapat 5A. Kedua-dua sekolah ini memang bersaing hebat tetapi Convent punya kelebihan kerana ia dah jadi sekolah kluster.


Sebuah blok baru sedang dibina di SK Bandar Uda 2

Sunday 23 November 2008

Cuti bajet rendah di Mersing

Pada musim cuti ni bagi para ibu bapa yang inginkan kecemerlangan akademik anak-anak sejak awal-awal lagi dah hantar mereka ke tuisyen. Ada macam-macam jenis tuisyen dan kursus membina diri dan wawasan gemilang menurut kata orang-orang sekarang. Tetapi saya berpandangan agak 'reserved' kerana manusia terutama kanak-kanak ni adalah makhluk organik yang ada tiga komponen utama iaitu ruh, akal dan jasad. Terlalu 'memprogram' anak-anak akan mengurangi keupayaan 3 komponen tadi untuk mencapai potensi sebenar. Sepatutnya untuk fasa pertama cuti anak-anak perlu di're-charged'. Berilah peluang mereka melakukan apa yang mereka inginkan (bukan kita fikirkan) seperti bermain playstation, online-games, menonton TV sehingga larut malam, bermain air, berborak-borak apa sahaja dengan kita. Layan aje sebahagian idea mereka setakat yang termampu. Untuk golongan seperti saya yang agak ramai anak-anak kecil tak mampulah bawa bercuti ke taman-taman tema atau ke pusat peranginan pergunungan apatah lagi ke luar negara. Tempat-tempat peranginan di Mersing apa kurangnya. Ramai pelancong datang dari Singapura mahupun Melaka semata-mata menikmati pantai-pantai yang banyak terdapat di sini.Maaflah nak komen sesetengah kita yang sibuk bawa pelajar ke pantai-pantai untuk program rekreasi atau akademik tetapi amat jarang membawa anak-anak ke sana. Permintaan pelajar kita layan demi 'kualiti' tapi permintaan anak-anak kita buat tak endah semata-mata kita ada 'kuasa' terhadap mereka. Anak-anak kita adalah aset diri (bukan komoditi untuk meraih keuntungan !!) dan juga negara. Mereka telah 'kehilangan' kita sebagai ibu bapa semasa musim persekolahan dan jangan biarkan 'kehilangan' tersebut berlaku pada musim cuti. Apa kenangan anak-anak kita terhadap kita sebagai orang tua mereka dan jangan asik mengharap kenangan dari ex-students aje.(macam khutbah pulak!!)

Pantai Air Papan

Tak jauhpun dari rumah. Hanya 7 km je (10 minit). Cuaca baik. Laut agak bergelora tapi seronok untuk mandi dan kawasan beting pasirnya luas dan memanjang. Cuma kena bayar tiket kereta RM 3 pada hari minggu.Makan dan minuman mudah diperolehi dari banyak gerai di sepanjang pantai. Chalet pun banyak dan boleh juga berkhemah di kawasan ini.




Pantai Batu Cawan.

Bersebelahan dengan bandar Mersing. Bermula dari R&R Mersing menganjur ke Hotel Seri Malaysia. Banyak kemudahan permainan kanak-kanak dan juga gerai-gerai. Dijaga dengan agak baik. Terdapat dataran yang agak besar untuk aktiviti rekreasi dan juga sebuah amphiteathre dihujungnya.Dikunjungi ramai orang dari segenap lapisan. Pada awal pagi menjadi tempat jogging atau senaman bagi orang persendirian mahupun kelab. Pada waktu petang ramai kanak-kanak bermain dengan ibu-bapa dan pada malam hari juga sentiasa dipenuhi orang. Lampu-lampu limpah (spotlight) menjadikan kawasan ini terang-benderang.






Saturday 22 November 2008

Jamuan Perpisahan SPM 2008'

Date : 21 Nov 2008
Time : 9.00 PM
Venue : Dewan Selera


Siap ada jalan yg ditaburi bunga dan dipasang lilin
Tayangan slaid 2 kali
Ust Lokman Annas (Penasihat BWP) dan Papa Azmin
Mr Adil, Master of AV
Adik ikut sekali..dah puas main PS & online games kat rumah
Ayahanda Zamri speaks on Juara
Juara-juara-juara..thousand of times reminded..
Formal suits for boyz..
Ini le dinner..bila lapar je sanggup makan..


Ucapan Tuan HEA, En Aziz


Tuan HEA En Aziz yg jauh wawasannya dengan Sir Akramin
Form 5 teachers..
Cenderhati guru..ikan pelaga (kesian tersiksa)
Mug kecil..nice
Berakhir jam 11.00 malam..Ada paper Fizik, Bio dan PA perlu diperjuangkan..Good Luck

Wednesday 19 November 2008

Jamuan Akhir Tahun Jabatan Sains

Date : 19 November 2008
Time : 12 : 30
Venue : DM Bakery Mersing (jalan2 cari makan tv3)

Aturcara :

-Ucapan KJ Sains, Tn Hj Khairol
-Ucapan Ketua Staf makmal
-Ucapan En Ghazali (yg mungin berpindah)

Menu :

Chicken Chop
Minuman : Mocha, Choclate Ice dll

Kehadiran hampir semua guru dan staf makmal kecuali Cikgu Mat Jah yang menyertai rombongan 'jejak buku' ke JB

Bila tiba sahaja rupa-rupanya dah siap menungga daa..hujan lebat kat luar
Chicken Chop DM Bakery
Amiruddin , KJ Hj Khairol, Annuar, Faisal
Aya, Syamsiah dan Ann
Puteri dan Atiqah
Sabar menanti..Nape Aya?..
Menu telah terhidang..nampak kemas, bersih dan lazat..
Mardiana dan Jue
Guru Hujung Dunia (warga blogger setia Mersing)

Ucapan KJ Hj Khairol..Mari bekerja bersama-sama meningkatkan kecekapan dan kualiti Warga Jabatan Sains untuk tahun depan..
Ucapan yang diraikan Mr Ghazali Musa..masih belum yakin ke Betong
Nostalgia zaman dulu-dulu di arkib DM Bakery
Ustaz kimia Faisal sedang membacakan doa makan
Apa lagi yang ditunggu..jom la makan
Susah sikit makan dengan pisau dan garfu..
Cenderhati kenangan dari guru-guru Jabatan Sains
Cenderhati kenangan dari staf-staf makmal (kedua-dua abang ni segak dan bergaya)
Habis licin..memang lazat..siapa yg tak pernah menikmati hidangan kat sini rugi laa..Laksa Penang dia pun sedapp..ada kelainan
Antara klip video yang sempat dirakam..
Ucapan Mr Ghazali

Ucapan Mr Amiruddin

Time untuk pulang..Selamat Bercuti Warga Jabatan Sains MRSM Mersing..jumpa lagi tahun 2009 !!


D

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan